Saturday, January 9, 2010
everyday life....jan 2010...
4jan - mendaftar di sek....tiba2 disuruh jadi guru kelas dan penyelaras tahun 6.......tensyen lagi......banyak mende tak jadi ngan buat salah....adoiiilaa....dapat timetable...ajar sains y1 to y6...sivik y6...pj y6....n diberi jawatan lain...ketua panitia sains..ajk kecemerlangan upsr, ajk kantin..guru puteri islam...guru kelab sains...dan banyak lagi...mula2 memang shock sangat sebb aku satu2nya cikgu sains di situ....so many things i should do alone....hari pertama pun dah mula start mengajar....arini mengajar darjah 6 dan 5...
7jan -dlm kul3 ptg..harungi air kt depan umah makcik tu....ari yang sama..pindah keluar dari rumah tu...g pulak menumpang kat umah makcik lain yang dekat rumah sewa..tapi sangat jauh dr sek...barang2 terpaksa dipindahkan d 3 tempat berlainan...umah makcik 1, makcik 2 dan akak KPLI...
8jan - slps waktu sek, tumpang sorg cikgu ngn keluarga sampai Durian Mas, Dungun...kemudian naik bas dr sana untuk blk marang..sapa k.trg dlm jam 7mlm dr jam 530ptg di dungun....sapa umah dlm 8-9 mlm...
Wednesday, December 23, 2009
Meh Call JPN tEMPAT Posting PISMP @ B.ED...
BPG_sekolah harian (men)- 03 8884 9498
JPN
pahang - 09 571 5700
perak- 05 501 5000
tganu-09 624 4500
kelntan-09 741 8001
kedah-04 733 1311
penang-04 262 5448
selangor-03 5518 6500
nogori-06 765 3100
melaka-06 2323776
k.l- 03 2693 0777
johor-07 233 2200
Akhirnya...
Tuesday, December 22, 2009
Posting lagik
Thursday, December 10, 2009
menanti detik posting...
betul ke nama ni di johor??ala, jauh nor...penat nk drive t..hehe...
result QUT dh tau..alhamdullilh..dikategorikan FIRST CLASS HONOUR....'top' brape pun xtau....mintak2 top 10, hehe..top 5 ke...huhu
tp yg sedihnye, konvo t gune duit banyak sangat...ticket price is about rm93 perhead....kalo 2 org, seratus lebih dah...tu baru nk msuk hotel tu.. robe @ jubah nyer rm550, mahal2...mahal bagi aku yg miskin ni...konvo kali ni diadakan kt HOtel Nikko...sebelah KLCC...tu yg parah tu guna duit...semua QUT yang incharge...
k la..tu je kot yg bleh kongsi kali ni..salam....
10 disember 2009....
Wednesday, November 18, 2009
Save our Earth
Didik anak-anak pelihara alam sekitar
“BUMI yang tiada rimba, seumpama hamba, dia dicemar manusia, yang jahil ketawa”. Itulah antara bait-bait lagu Hijau dendangan Zainal Abidin. Ia menceritakan mengenai kemusnahan alam sekitar akibat kerakusan manusia.
Sikap manusia memang menjadi faktor utama pencemaran alam sekitar. Buktinya kini berlaku perubahan cuaca yang tidak menentu, penipisan lapisan ozon, banjir kilat, kenaikan suhu global dan pencemaran udara serta air bertoksin.
Ketika ini pelbagai pihak tampil mempromosikan usaha memelihara alam sekitar. Namun ia masih di peringkat awal, kerana majoriti ahli masyarakat seolah-olah belum peka dengan masalah ini.
Banyak pihak yakin cara terbaik untuk memelihara dan memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak. Pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” adalah tepat untuk usaha ini.
Banyak yang boleh dilakukan untuk mendidik anak-anak mengenai alam sekitar. Antaranya menerusi “kepimpinan melalui teladan”. Anak-anak boleh diberikan buku-buku mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Anak-anak perlu diberitahu fakta-fakta bersifat realistik tentang alam sekitar. Misalnya, beratus-ratus pokok dapat diselamatkan daripada ditebang jika kertas-kertas terpakai dikitar semula.
Banyak lagi yang boleh dilakukan termasuk:
* Mengasuh mereka menggunakan sumber alam secara berhemah terutamanya penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan boleh dikitar semula untuk menyiram pokok. Lampu dan peralatan elektrik lain perlu ditutup jika tidak digunakan lagi.
* Menggalakkan mereka membuang sampah di tempat sepatutnya. Didik mereka untuk kitar semula dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya. Wujudkan tong sampah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut.
* Ajar anak-anak mengumpulkan bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitaran semula. Mereka boleh menambahkan tabungan dengan cara ini.
* Didik anak-anak membuat baja kompos dengan sisa makanan. Ia boleh digunakan untuk pokok bunga atau sayuran yang ditanam di halaman. Dengan ini, mereka akan turut dididik dengan konsep “berbakti kepada tanah”.
* Majalah-majalah atau surat khabar lama boleh digunakan semula oleh anak-anak dengan cara mengumpulkan artikel-artikel tertentu untuk dijadikan scrap book atau ensiklopedia peribadi tentang topik yang menjadi minat mereka. Ia akan membantu menjana pemikiran mereka.
* Terapkan sifat berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang lama dan jadikan kraftangan seperti beg, selimut atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh diubah suai menjadi tabung, bekas alat tulis atau arca.
* Pakaian anak-anak yang tidak lagi digunakan mungkin boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim. Ia dapat mendidik mereka menjadi pemurah.
* Bawa beg sendiri untuk membeli belah terutama ketika bersama anak-anak.
* Galakkan mereka menyertai program berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar. Misalnya menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam sekitar.
Kita perlu sedar bahawa walaupun ia kelihatan kecil
Semoga bait-bait akhir lagu Hijau iaitu “oh anak-anak, tak boleh merasa mandi laut, bersaing main ramai-ramai” tidak akan menjadi kenyataan. Biarkan ia sekadar peringatan untuk kita semua. Kita perlu bertindak sebelum segala-galanya terlambat.
Adapted by : Bundoora, Victoria, Australia, utusan.
KISSM..POSTING
ok, minggu ni dh msuk mggu ke-2 kursus induksi ni...bosan jgkla...tp biase la bosan2 pun wajin ikut jgk...well, byk mende baru jgk aku tau tggjwb aku ngn hak aku sbgai staf kerajaan ni....tp yang amat boringnye..kul7.30 pagi dah g kelas...sapa kul12.30, tp biasenye lecturer amik sapa jam 1...n then kul2 ptg masuk balik sapa kul4.30 tapi cambiase, kadang-kadang sampai kul5 petang.....
ok..sblm sebetulnye jadik PEGAWAI PERKHIDMATAN SISWAZAH DG 41...sblm dpt nikmat kerajaan tu, aku WAJIB lulus byk peringkat dlm ms 3 thn pertama bermula 1 disember 2009 (tarikh posting yg diuar2 kan).....tp sblm tu..sebagai GURU SANDARAN TERLATIH, aku kna isi beberapa borang...tggu ketibaan surat posting...n pilih yg mane nk kerajaan sara nanti..KWSP ke sistem saraan....just choose ONE...ok la, di bawah ni adalah beberapa senarai peringkat yang aku WAJIB hadapi untuk capai cita-cita menjadi seorang GURU BERKALIBER, hehe...
peringkat pertama - lulus ujian KISSM...
peringkat ke-2 - kna tima degree of honour dulu dri Universiti yg sahkan ijazah
peingkat ke-3 -lulus temuduga (kna apply sendiri melalui online di SPP)
peringkat ke-4- menyertai BTN (jgk kna apply sendiri)
peringkat ke-5- menunjukkan prestasi yang amat membanggakan kt sekolah dan tidak melakukan kesalahan tatatertib)
peringkat ke-6 - kena sering bertanya dan berkomunikasi ngn guru besar....
peringkat ke-7 - berdoa byk2 biar dapat sahkan jawatan dlm masa 1thn je...
selepas disahkan jawatan, barulah layak mendapat byk faedah drpd kerajaan....
ok tu peringkat yang telah dipendekkan...
panjang lagi tau sbnrnya...ok la..penat dh..nk rehat lak...dudu...
About Me

- miss_nediyah
- im a future teacher...23rd years old and searching something i lost...