Peristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 itu bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), waktu itu antara lokasi penting kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu.
Hari ini, selepas 42 tahun peristiwa penting dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu, kira-kira 8,000 orang berarak dari Masjid Negara selepas jam 2 petang tadi.
Mereka bagaimanapun dihujani tembakan gas pemedih mata oleh polis di sekitar Kampung Attap, hanya beberapa ratus meter dari pintu masuk utama Istana Negara.
Peserta perhimpunan itu - yang asalnya hanya dibenarkan oleh polis diadakan di masjid tersebut - melanggar arahan polis yang melarang sebarang perarakan.
Mereka berhasrat membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu yang diperkenalkan sejak 2003.
Bercakap kepada media selepas penyerahan, A Samad berkata rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.
"Saya berjalan, sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.
"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (dua dari kanan).
Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang, katanya lagi..
Halangan demi halangan oleh pihak FRU
Tindakan tidak profesional polis menyebab keadaan menjadi kelam kabut.
Sebahagian rakyat yang tak setuju dengan PPSMI hadir menyatakan sokongan.
**Sumber: Malaysiakini dan tranungkite
#aku pun rasa cam xstuju dengan sistem PPSMI coz aku pun xpandai2 nak speaking english...Pelajar sekolah lagi lah...kesian dorang...Martabatkanlah bahasa ibunda kita..BAHASA MALAYSIA...