GOOD DAY

Tuesday, June 22, 2010

UPSR dimansuhkan???

KUALA LUMPUR: Cadangan Kementerian Pelajaran memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi membolehkan pelajar menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan menunjukkan kemajuan dalam bidang pendidikan.
Penyandang Kursi Za’ba Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Prof Dr Adnan Nawang berkata, cadangan itu positif memandangkan sistem pendidikan negara ini terlalu bertunjangkan peperiksaan hingga ada pelajar cemerlang gagal mendapat biasiswa. “Walaupun menyokong prinsipnya, adakah kita benar-benar bersedia menghadapi rombakan besar-besaran dalam sistem pendidikan yang diamalkan begitu lama? “Setiap kali musim peperiksaan, ia seperti ‘pesta’ sehingga kita membuat pengumuman siapa pelajar terbaik, siapa mendapat paling banyak A dan mana sekolah terbaik. “Ini menunjukkan kita terlalu fokus kepada peperiksaan sebagai kayu pengukur tunggal pencapaian pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya, pendidikan berteras peperiksaan menyekat pemikiran kritikal dan melahirkan generasi gagal berfikiran kreatif serta hanya berdasarkan buku teks. Sementara itu, rata-rata ditemui menyokong idea berkenaan, namun berharap ada kajian menyeluruh bagi menilai keberkesanannya supaya tidak membebankan pelajar. Peniaga, Latifah Abd Ghani, 34, berkata, cadangan itu dialu-alukan memandangkan sistem pendidikan sebelum ini terlalu memfokus kepada peperiksaan sehingga memberi tekanan kepada pelajar. Pembantu tadbir, Mohd Nazri Pijar, 53, bersetuju UPSR dimansuhkan kerana tiada kesan besar kepada pelajar apalagi mereka masih di peringkat sekolah rendah, tetapi menyarankan supaya PMR dikekalkan kerana dianggap mampu mengekalkan fokus pelajar dalam kelas.

Adapted from hmetro

*kite tunggu dan lihat

No comments:

About Me

My photo
im a future teacher...23rd years old and searching something i lost...

wow