GOOD DAY

Saturday, March 7, 2009

Bahasa oh bahasa ku sayang..

Gerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya, mengulangi peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu.

Peristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 itu bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), waktu itu antara lokasi penting kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu.


ppsmi march 070309 crowd.jpgMereka merancang mengadakan bantahan ke Parlimen. Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh fasal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Hari ini, selepas 42 tahun peristiwa penting dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu, kira-kira 8,000 orang berarak dari Masjid Negara selepas jam 2 petang tadi.

Mereka bagaimanapun dihujani tembakan gas pemedih mata oleh polis di sekitar Kampung Attap, hanya beberapa ratus meter dari pintu masuk utama Istana Negara.

Peserta perhimpunan itu - yang asalnya hanya dibenarkan oleh polis diadakan di masjid tersebut - melanggar arahan polis yang melarang sebarang perarakan.

Mereka berhasrat membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu yang diperkenalkan sejak 2003.

Bercakap kepada media selepas penyerahan, A Samad berkata rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.

"Saya berjalan, sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.

anti ppsmi rally 070209 pak samad chokesTambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan mengalami keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (dua dari kanan).

Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang, katanya lagi..

Halangan demi halangan oleh pihak FRU


Tindakan tidak profesional polis menyebab keadaan menjadi kelam kabut.



Sebahagian rakyat yang tak setuju dengan PPSMI hadir menyatakan sokongan.

**Sumber: Malaysiakini dan tranungkite

#aku pun rasa cam xstuju dengan sistem PPSMI coz aku pun xpandai2 nak speaking english...Pelajar sekolah lagi lah...kesian dorang...Martabatkanlah bahasa ibunda kita..BAHASA MALAYSIA...

Lagu Agnes Monica nk Kristiankan umat Islam??

Bersesuaian dengan isu hangat kekeliruan penggunaan perkataan 'Allah' didalam penerbitan gereja Kristian. Kelmarin Ahli Parlimen Baling, Dato Taib Azamuddin semasa pembahasan di Parlimen mengenai isu ini mengulas "Allah yang mana" yang mereka maksudkan. Kita biasa mendengar orang Cina menyebut 'Tuhan Alah'. Sesiapa yang pernah mengambil subjek TITAS (Tamaddun Islam Tamadun Asia Tenggara) dahulu ada mengajar mengenai agama-agama mereka iaitu Hindu,Budha, Kristian dan sebagainya, juga yang tidak beragama dipanggil "pagan" serta yang tidak mempercayai agama di panggil ateis .

Agama Budha,Kristian dan Hindu dipanggil agama langit. Tutor saya ada menyebut mereka juga percaya Tuhan yang betul ialah Allah cuma mereka menggunakan perantaraan. Di dalam Kristian, mereka mendakwa 'God' di dalam bible mereka tu adalah Allah iaitu bapa kepada jesus mereka dan suami kepada Mary mereka . Namun begitu tiada sepatah pun di dalam bible yang menyebut perkataan Allah.

Begitu juga dengan agama Hindu dan Budha.
Namun begitu, orang Kristian di Indonesia telah menggunakan perkataan Allah.
Contohnya lirik lagu Agnes Monica (Kristian) yang bertajuk "Allah Peduli". Di sini jelas menunjukkan keburukan jika mereka dibenarkan menggunakan perkataan Allah walau pun tidak sama dengan Allah SWT kita.

Tidak mustahil orang Islam yang kerana fanatik atau pun jahil tentang Islam menyanyikan lagu tersebut. Saya yang kurang ilmu agama ni berpendapat adalah murtad menyanyikan lagu tersebut walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja kerana Allah yang Agnes Monica itu adalah bapa Jesus mereka.


Jadi kepada peminat Agnes Monica khasnya dan peminat lagu-lagu Indonesia amnya..berhati-hatilah! Mungkinkah Agnes Monica cuba mengkristiankan orang Islam!


Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti

Mengapakah harus terjadi

Di dalam kehidupan ini

Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi

Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri

Sbab Allah mengerti Allah mengerti Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi

Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri

Sebab Allah Yesus ku mengerti
*

**adapted from isuhangat

Wednesday, March 4, 2009

BeRkesAn...BukTinYe...

SeBelum guNa sAbUn heRba
1)mELecet dan Pedih2



aftEr usEd thE soap (3days after)
2)PaRut seMakiN ilang...tHe wounD heaL..

CaRa Buat KuiH ke PeR niE??

ish2 anak saper la ni..pndai btul 'acting'...di sebalik tabir pembikinan album cara buat sabun herba....sukat btul2 suhu ni ye adik2...ISH..besar btul tgn ni..nk pegang termometer pun susah.....

lokasi: chem lab IPGM cHERAs...

Kajian PPSMI dibentang ke Kabinet

Kajian PPSMI dibentang ke Kabinet

KUALA LUMPUR 3 Mac - Kementerian Pelajaran sudah menyiapkan kertas berhubung cadangan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, analisis dan pandangan semua pihak yang berkepentingan dalam hal berkenaan sudah diambil kira dalam penyediaan kertas tersebut.

''Kita berharap pandangan semua pihak melalui memorandum dan perjumpaan dapat dirumuskan dan dipertimbangkan sedalam-dalamnya oleh Jemaah Menteri kelak.

''Sebahagian syor Kementerian Pelajaran ialah menambah baik dan menyesuaikan dasar ini khususnya di sekolah rendah dengan mengambil kira kedudukan PPSMI kepada sekolah-sekolah di luar bandar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, penambahbaikan yang dilakukan itu tidak akan menjejaskan guru-guru dan murid-murid sekolah yang ada sekarang.

''Apa juga penyesuaian dan penambahbaikan yang bakal kita putuskan hanya akan melibatkan kohort baru tahun satu.

''Jadi anak-anak murid kita yang sudah melalui enam tahun sistem dan dasar ini tidak akan terjejas," katanya.

Mengenai perhimpunan menolak PPSMI pada Sabtu ini, beliau menjelaskan, ia merupakan perkara biasa dan kerajaan tidak boleh menghalangnya.

''Saya tidak boleh sekat tetapi dengan kenyataan saya hari ini bahawa Kementerian Pelajaran memang akan buat penambahbaikan dan penyesuaian, saya tidak tahu kenapa ada gerakan seperti ini," kata Hishammuddin.

*adapted from utusan msia

Game Norman Hakim...

Monday, March 2, 2009

OH Wanita


SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian . CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala . HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM . IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui . KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah . PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam . MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insane yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum . EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai . CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan . *adapted from isusemasa

susAhNye


ala..susahnye nk wt methodology ni....dahla xphm lecturer tu ngaja....isau ambo...p/s: xsabar nk g date ahad ni,huahuahua

Sunday, March 1, 2009

Sindrom cerai ekspres

Sindrom cerai ekspres

Menurut Dr.Fadzilah Kamsah, manusia biasa tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan dan perlu diberi peluang seperti individu lain untuk meneruskan hidup masing-masing.

“Ramai juga mendapatkan khidmat kaunseling daripada saya dan masalahnya membabitkan keredaan ibu bapa dan mentua, persekitaran dan pelbagai lagi.

“Syukur kerana mereka tekun mengikuti apa yang saya cadangkan dan melakukannya kerana mahu menyelamatkan atau memastikan perkahwinan serta rumah tangga sentiasa dalam rukun damai,” katanya.

Beliau berkata, apabila pasangan menganggap perkahwinan itu sesuatu yang mudah, lebih mudah untuk mereka berpisah.

“Satu lagi perkara yang sering tidak diambil perhatian oleh pasangan ketika berkahwin ialah restu ibu bapa. Kajian mendapati 80 peratus daripada kadar perceraian di Lembah Klang berpunca daripada perkara itu,” katanya.

Menurutnya, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Reda Allah SWT daripada ibu bapa.”

“Kerana itu, setiap pasangan digalak mendapatkan restu atau keredaan ibu bapa sebelum berkahwin,” katanya.

Selain itu, antara punca pasangan bercerai dalam tempoh singkat ialah kegagalan mendewasakan diri, di mana ada yang masih berperangai seperti ketika bujang, selain gagal atau tidak mahu memahami tanggung jawab sebagai suami atau isteri.

Ada kalanya mereka seolah-olah terlupa sudah menjadi menantu orang dan tidak sensitif dengan persekitaran. Contohnya, bertengkar semata-mata mahu menetapkan beraya di kampung siapa, sedangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan dengan mudah.

Selain itu, katanya, perceraian boleh berlaku apabila mentua gemar masuk campur dalam hal rumah tangga anak mereka walaupun tidak perlu melakukannya.

“Mentua digalakkan masuk campur jika anak mereka dipersia-siakan atau berlaku perkara yang boleh mendatangkan kecederaan.

“Setakat hanya pertengkaran kecil, tidak perlu masuk campur. Beri saja nasihat dengan cara baik dan bukan mengarah menantu melakukan itu atau ini tanpa menyedari ia lebih banyak mendatangkan keburukan,” katanya.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata perkahwinan bukan boleh dipermainkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak dan pelbagai lagi situasi mendatang yang tidak diketahui.

“Oleh itu, jika mahu berkahwin, pasangan dinasihatkan berfikir panjang dan tidak terburu-buru kerana institusi rumah tangga itu konsepnya untuk sepanjang hayat dan bukan suka-suka diruntuhkan,” katanya.

Beliau berpandangan bahawa setiap pasangan perlu mengenali hati budi pasangan masing-masing dan jika dari awal lagi tiada persefahaman, perkahwinan tidak perlu diteruskan.

“Perkahwinan untuk sepanjang hayat dan itulah konsepnya yang sebenar. Jika tidak dapat mencapai persefahaman dari awal hubungan, lebih baik perkahwinan tidak diteruskan kerana bimbang berlaku perceraian,” katanya.

Menurut beliau, bukan mudah melafazkan cerai kerana perlu ada beberapa perkara membabitkan suami atau isteri yang membolehkan ia dilakukan.

Tiga perkara yang membolehkan suami menceraikan isteri tetapi selepas ia disahkan iaitu gila, berpenyakit sopak serta kusta dan ia hanya diketahui selepas pernikahan. Jika sebelum bernikah bakal suami baru mengetahui perkara terbabit, seelok-eloknya perkahwinan dibatalkan.

Mohd Tamyes turut memberi panduan mengikut syarak bagi lelaki mencari isteri seperti wajah wanita berkenaan, tapak tangan, keturunan serta agama.

Menurut beliau, wajah yang cantik pada pandangan seseorang lelaki itu menggambarkan keseluruhan fizikal wanita berkenaan, manakala tapak tangan jika bersih dan gebu pula menunjukkan kesuburan atau kesihatan.

“Selepas itu, lihat keturunannya sama ada baik atau sebaliknya dan yang akhir, pastikan wanita itu memiliki ilmu agama yang baik kerana agama mampu menjadi perisai kepada perkara keji dan mungkar,” katanya.

Mungkin sukar menemui empat perkara itu dalam diri setiap wanita yang mahu dijadikan isteri tetapi jika terlalu sukar, lelaki digalakkan mencari yang beragama kerana ia paling penting.

Sama juga pada wanita yang mencari calon suami, di mana mereka perlu memastikan lelaki itu bertanggungjawab, beriman, taat pada ibu bapa dan pelbagai lagi.

#adapted from hmetro, 1mac 2009

About Me

My photo
im a future teacher...23rd years old and searching something i lost...

wow