GOOD DAY

Sunday, December 19, 2010


Tahun 2011....1432 masihi

beberapa hari lagi tahun 2010 akan berakhir...1431 masihi telah berganti 1432....
hmm..dah setahun rupanya berlalu...suka duka sebagai seorang guru muda amat mencabar bagiku yang bersendirian di perantauan...aku ni guru muda yang serius dalam bekerja, kawan pun tak ramai....harapanku tahun yang bakal menjelma akan memberi aku lebih keceriaan dan kebahagiaan sebagai seorang pendidik........

Monday, November 1, 2010

miss nediyah, PJK

alhamdulillah, selepas beberapa duka yg kutempuh, kereta rosak, adik sakit tenat, dibuli cikgu lama, diejek cikgu lama...dan baru2 ni aku menerima surat mendapat pingat jasa kebaktian (PJK) daripada Sultan dalam usia 24tahun..
bukan calang-calang orang boleh pingat tu...ayahku sendiri setelah usianya dalam 40tahun baru dapat....
harapanku aku dapat anugerah perkhimatan cemerlang pula selepas ni..tapi ase banyak sangat pengorbanan yang perlu aku lakukan memandangkan aku mengajar sains semua tahun....

harap2 keputusan upsr sains tahun ni dapat membanggakan aku dan semua orang...

pokcek dalam kenangan, 2002-2010

kucing yang bersama ku ketika duka
kini,tiada lagi untuk bersamaku...   

Tuesday, August 17, 2010

17 ogos 2010

dah lama tak upload ceritera di blog yang tak seberapa ini....hari ni hari ke 6 puasa..HAPPY FASTING MONTH..
hari ni ada peristiwa yang berlaku....
sebelum itu, aku hanya ingin berkongsi jiwa ku di sini....aku seorang guru ijazah luar negara tapi mengajar di sekolah rendah, di ceruk sebuah kampung...di sini ada la dalam berbelas guru dan seratus lebih murid...dalam berbelas cikgu ni, aku dapat rasakan ada yang memandangku dengan sinis...ya..aku pernah dengar cerita dari kakak2 yang sebelumku mengatakan guru dip ni anti sikit dengan guru bachelor...nah, skarang aku makin merasakan perasaan itu.....even, semasa praktikum hampir setahun di k.lumpur last year (2009).....nak dipendekkan cerita, aku tak tahu apa silapku, dalam perjalanan ke sekolah, cikgu A ni cuba memotongku dengan lajunya di satu selekoh tajam, double-line....sedangkan di hadapan ku yang bertentangan ada sebuah kenderaan....dari jauh aku dapat lihat dekat selekoh tu ada najis lembu yang agak besar...tak logik la kereta mpv yang tinggi dan besar tu tak nampak tahi yang besar gedabak tu kat tengah jalan........dan ketika memotongku dengan laju.........apalagi, habis disimbahnya tahi lembu tu diseluruh kereta ku......n nasib baik aku tidak gelabah mengelak guru yang sangat CERDIK tu....geram...marah....hanya Tuhan yang tahu......tapi apakan daya, cikgu A tu kan lebih TUA...kena la hormat yang TUA, walaupun sebenarnya dia yang bersalah...benci...

Wednesday, July 7, 2010

Oh Tuhan

arini 7 julai 2010....baru genap umurku 24thn pada 1 julai yang lalu...tapi ade perkara yang meremukkan hatiku....aku terlanggar kereta kancil yang diparking dekat keretaku...aduhai...habis calar-calar kereta ku, bumper tercabut skit...aku cek kereta tu ada jugak calarnya....ni kes muncul kereta ke3 yang buat diriku gelabah dan apalagi....boom.....ramai pulak saksinya.....sedih..menyesal...macam2 hal rasa.....kenapa jadi macam ni????cepat menggelabah...very careless....

Sunday, June 27, 2010

LunaR ecLipse


wah...smalam 26jun 2010..berlakunya gerhana bulan separa....meh teacher ceritakan skit cuaca sebelum gerhana macam mana...siangnya, sangat dan teramat panas.....jam 6 petang cuaca mula gelap macam nak ujan.....jam 7 lebih dah gelap, awan2 mula menjadi tebal...pastu nmpak cahaya skit pastu ditutupi awan gelap...sadisnya, tak nampak la dari rumah ni..terlindung...
ni gambar yang diambil dari software yg kumiliki ketika membuat kajian masa di IPgm...waktunya pada 9.40 mlm...rasanya lebih kurang je jika tiada litupan awan tebal...

Saturday, June 26, 2010

ApA tANDA di Dahi SeorG gADiS...

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.



aku rasa aku ni jenis kategori dahi luas kot...haha

*ADAPTED from rahsiawanita

ARgh...lipAS laGik...

hmmm..byk betul lipas kat rumah ni...try searchin internet..i've found this recipe.....

1. guna ubat gegat
2. guna minyak masak yang dah digunakan
3. guna serai yang ditumbuk
4.guna daun pandan
5. spray shieldtox seluruh umah
6. guna kulit kayu manis


*kena ganti biler dah nmpak perubahan....


nak try la nati...

Tuesday, June 22, 2010

UPSR dimansuhkan???

KUALA LUMPUR: Cadangan Kementerian Pelajaran memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi membolehkan pelajar menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan menunjukkan kemajuan dalam bidang pendidikan.
Penyandang Kursi Za’ba Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Prof Dr Adnan Nawang berkata, cadangan itu positif memandangkan sistem pendidikan negara ini terlalu bertunjangkan peperiksaan hingga ada pelajar cemerlang gagal mendapat biasiswa. “Walaupun menyokong prinsipnya, adakah kita benar-benar bersedia menghadapi rombakan besar-besaran dalam sistem pendidikan yang diamalkan begitu lama? “Setiap kali musim peperiksaan, ia seperti ‘pesta’ sehingga kita membuat pengumuman siapa pelajar terbaik, siapa mendapat paling banyak A dan mana sekolah terbaik. “Ini menunjukkan kita terlalu fokus kepada peperiksaan sebagai kayu pengukur tunggal pencapaian pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya, pendidikan berteras peperiksaan menyekat pemikiran kritikal dan melahirkan generasi gagal berfikiran kreatif serta hanya berdasarkan buku teks. Sementara itu, rata-rata ditemui menyokong idea berkenaan, namun berharap ada kajian menyeluruh bagi menilai keberkesanannya supaya tidak membebankan pelajar. Peniaga, Latifah Abd Ghani, 34, berkata, cadangan itu dialu-alukan memandangkan sistem pendidikan sebelum ini terlalu memfokus kepada peperiksaan sehingga memberi tekanan kepada pelajar. Pembantu tadbir, Mohd Nazri Pijar, 53, bersetuju UPSR dimansuhkan kerana tiada kesan besar kepada pelajar apalagi mereka masih di peringkat sekolah rendah, tetapi menyarankan supaya PMR dikekalkan kerana dianggap mampu mengekalkan fokus pelajar dalam kelas.

Adapted from hmetro

*kite tunggu dan lihat

Oh Penjara Pudu..21Jun2010


Penjara Pudu tinggal sejarah


KUALA LUMPUR: Ribuan penduduk ibu kota berkumpul di hadapan Penjara Pudu, menghadap Jalan Pudu, di sini, bagi menyaksikan operasi bersejarah merobohkan tembok penjara berusia lebih 100 tahun sejak kira-kira jam 9 malam tadi.
Malah, ramai penduduk memenuhi pekarangan penjara yang menyimpan seribu kenangan itu meskipun kerja meruntuh oleh Tetuan Pertama Makmur Sdn Bhd hanya memulakan operasi tepat jam 10 malam. Ada pihak yang mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan pintu masuk penjara dan tidak kurang juga merekod detik dua jentolak memulakan aksi meroboh tembok di bahagian menara kawalan penjara. Dalam pada itu, kelihatan beberapa orang ramai mengutip serpihan batu tembok sebagai cenderahati kenang-kenangan. Pelukis Pelan, Ramlan Osman, 44, berkata dia memang berhajat mengambil serpihan batu tembok Penjara Pudu untuk koleksi peribadinya. “Saya datang semata-mata mengutip serpihan batu tembok ini kerana ini saja kenangan ada selepas Penjara Pudu dimusnahkan,” katanya. Tembok Penjara Pudu sepanjang 394 meter dengan ketinggian 4.5 meter terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kerja pembinaan laluan bawah tanah dan pelebaran jalan raya di persimpangan antara Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah.

Adapted from HMetro..

Teringat tahun-thn lepas (2006-2009), berjalan atau menaiki monorel ke Berjaya Times Square...melalui Penjara Pudu yang sunyi tetapi tetap berdiri megah.....kukuhnya struktur bangunan zaman dulu tercipta..oh..bangunan bersejarah seperti itu sudah dimusnahkan...sedih betul aku sebagai rakyat malaysia ni...

Friday, June 11, 2010

MISTERI RUNTUHNYA WTC 1_2001

Adoi..ive got toothache...

Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.


Sakit gigi

Apakah punca gigi sakit?
Sakit gigi biasanya berpunca daripada:

* kerosakan gigi (karies gigi)
* penyakit gusi (penyakit periodontium)
* gigi sensitif
* sakit pada sendi rahang
* sinus tersumbat
* sakit telinga

Apakah yang boleh terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat?
Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:

* gigi mati
* gusi bengkak
* gigi dicabut atau kehilangan gigi
* kesukaran membuka mulut

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?
Dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin.
Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:

* mengambil ubat penahan sakit
* berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi
* kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais

Bagaimanakah untuk mencegah sakit gigi?
Anda boleh mencegah sakit gigi dengan:

* mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik
o berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida


o gunakan flos
* dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
* kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama.


ADAPTED FROM INFOSIHAT

Fold a Shirt

cara cepat lipat baju

Petanda Akhir Zaman dan Kedatangan Imam Mahdi

Saat Gerhana Matahari Cincin Bertemu Awan Hitam




walaupun dah lamer, tapi boleh digunakan untuk p&p dalam kelas sains..:)

Wonder Girls - Nobody performance

Munif Ahmad (Penawar Hati Asmaul Husna)

Tuesday, June 1, 2010

kekejaman Israel

Kapal Misi Gaza Diserang Askar Israel, Nasib Dua Wakil Astro Awani Belum Diketahui

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Nasib seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara", yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.

Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.

"Kami sedang cuba mendapat maklumat mengenai keadaan mereka melalui pelbagai cara," katanya ketika dihubungi.

Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam tadi ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di sini awal pagi Isnin.

Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.

Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua dari TV3.

Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 19 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Dalam satu SMS kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 km dari Gaza.

"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya.

ADAPTED FROM INTERNET.BERNAMA

Gaza mission was attacked by zionis israel

Komando Israel serang kapal bantuan

BAITULMAQDIS – Sebanyak 19 orang terbunuh kebanyakannya rakyat Turki manakala berpuluh-puluh yang lain cedera selepas anggota-anggota komando Israel menyerbu enam buah kapal yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang sedang dalam misi menghantar bantuan termasuk dari Malaysia kepada penduduk Palestin di Genting Gaza semalam.

Operasi ketenteraan di perairan antarabangsa dekat dengan pesisir pantai Gaza itu bukan sahaja bertukar menjadi mimpi ngeri bagi Israel berikutan ia menjejaskan reputasi negara berkenaan di kaca mata masyarakat antarabangsa, bahkan ia memburukkan lagi hubungan tegang negara itu dengan dengan sekutunya, Turki serta membuka mata dunia terhadap penderitaan penduduk Gaza.

Kedua-dua belah pihak memberi kenyataan bercanggah berhubung apa yang berlaku pada hari kejadian.

Seorang wartawan di dalam salah sebuah kapal misi bantuan itu berkata, anggota-anggota komando Israel melepaskan tembakan sebelum menaiki kapal mereka tetapi pihak Israel memberi alasan kononnya mereka hanya melepaskan tembakan setelah diserang aktivis-aktivis berkenaan dengan menggunakan kayu, pisau dan senjata api.

Ketika kejadian, aktivis-aktivis itu sedang menuju ke Gaza bagi mengalih perhatian dunia terhadap sekatan laut selama tiga tahun yang dikuatkuasakan Israel selepas Hamas mengambil alih kuasa di wilayah berkenaan.

“Sungguh menjijikkan kerana mereka (pasukan komando Israel) menceroboh kapal dan menyerang orang awam. Kami adalah orang awam,” kata jurucakap Gerakan Membebaskan Gaza, Greta Berlin, yang menganjurkan misi armada bantuan tersebut.

Bercakap dari pulau Cyprus di timur luat Mediterranean, wanita itu berkata, dia terputus hubungan dengan armada kecil itu ada pukul 3.30 pagi waktu tempatan.

Israel sebelum ini mengisytiharkan untuk tidak membenarkan kapal-kapal itu sampai ke Gaza.

Menurut seorang aktivis Palestin di Greece yang terbabit dalam misi bantuan tersebut, pasukan komando Israel menyerbu semasa bot dan sebuah kapal itu berada di perairan antarabangsa setelah mengarahkan misi berkenaan berhenti kira-kira 130 kilometer dari perairan Gaza.

Sebuah laman web Turki menunjukkan rakaman video keadaan huru-hara di atas kapal itu dengan aktivis-aktivis memakai jaket keselamatan berlari-lari di dalam kapal manakala sesetengahnya cuba membantu seorang rakan mereka yang tidak sedarkan diri di atas dek.

Laman web berkenaan turut menunjukkan sebuah helikopter Israel sedang berlegar di atas kapal itu dan beberapa kapal perang Israel yang berada berdekatan.

Kapal-kapal misi bantuan itu kemudian ditunda ke pelabuhan Ashdod di Israel manakala mangsa-mangsa cedera dibawa keluar dengan helikopter bagi menerima rawatan di hospital-hospital Israel.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai identiti mangsa yang terbunuh atau cedera mahupun keadaan beberapa individu berprofil tinggi di atas kapal-kapal tersebut termasuk pemenang Hadiah Nobel Keamanan 1976, Mairead Corrigan Maguire dari Ireland Utara, beberapa wakil rakyat Eropah dan mangsa yang terselamat dalam kejadian pembunuhan besar-besaran kaum Yahudi oleh tentera Nazi, Hedy Epstein, 85.

Semua telefon satelit di atas kapal-kapal itu dimatikan dan komunikasi dengan sekumpulan kecil wartawan yang menyertai tentera Israel turut disekat.

Gerakan Membebaskan Gaza adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mendakwa sekatan terhadap Gaza tidak adil dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. – AP

ADAPTED FROM KOSMO

Sunday, May 30, 2010

Cikgu got flu fever...


Apakah itu demam selsema?
Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
• Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
• Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.
• Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
o Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
o Hidung berair - hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
o Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
o Bersin - merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
o Batuk - mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
o Suara parau - suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.


Gejala-gejala yang lain
• Mata rasa kepanasan sedikit
• Hilang deria bau dan rasa.
• Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
• Demam.
• Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.
Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.

Apakah komplikasi demam selsema?
Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:
• Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media) - kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
• Sinusitis - jangkitan merebak hingga ke sinus.
• Pneumonia - jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.

Risiko
• Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:
• Kekurangan zat makanan.
• Letih dan berasa tidak sihat
• Susah hati.
• Warga tua.
• Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.

Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
• Selalu membasuh tangan dengan bersih.
• Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
• Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
• Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
• Jangan menggigit kuku.

• Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin.
• Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
• Makanlah makanan yang seimbang.
• Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
• Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
• Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
• Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.

Pengurusan sendiri
Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa. Di sini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:
• Berehat di katil. Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.
• Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas. Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).
• Mengehadkan aktiviti, terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.
• Meminum banyak air. Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan). Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya. Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.
• Berkumur-kumur dengan air garam yang suam. Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.

Bila anda perlu menggunakan produk/ubat-ubatan yang boleh diperolehi di kedai?
• Ubat-ubatan yang digunakan bagi demam selsema adalah bertujuan untuk memperbaiki/melegakan gejala-gejala yang timbul sementara sistem pertahanan semula jadi badan diaktifkan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan penyakit. Jadi anda tidak memerlukan antibiotik yang sebenarnya tidak dapat membunuh virus.
• Jika anda melakukan rawatan sendiri - ketahuilah gejala-gejala yang anda rawat, jenis ubat yang digunakan dan bagaimana ia bertindak. Pegawai Farmasi boleh membantu anda memilih rawatan yang bersesuaian dengan gejala.
Dekongestan
• Hidung tersumbat adalah suatu masalah biasa yang merengsakan (mengganggu) semasa demam selsema. Tidak hairanlah, Dekongestan termasuk dalam sediaan ubat-ubatan demam selsema di pasaran.
• Ia dapat meredakan penyumbatan atau bengkak pada saluran hidung, dengan itu melancarkan pernafasan.
• Ia terdapat dalam bentuk krim sapu dan ubat makan.

Antitusif dan Ekspektoran
• Ubat batuk bertindak dengan menjadikan batuk anda lebih produktif iaitu mengeluarkan kahak atau dengan mengurangkan batuk yang kering dan menyakitkan.
• Untuk mengurangkan kekerapan batuk anda buat sementara waktu, anda boleh memakan ubat penahan batuk. Ubat-ubatan ini yang juga dikenali sebagai antitusif (penahan batuk) bertindak terus ke atas pusat batuk di dalam otak.
• Ekspektoran adalah sejenis ubat batuk yang mengandungi Guaifenesin, iaitu bahan yang bertindak melancarkan perjalanan lendir di dalam saluran pernafasan. Hasilnya Ekspektoran dapat menolong melapangkan saluran pernafasan dari bahan-bahan yang mengganggu.

Antihistamina
• Agen-agen Antihistamina ini dapat melegakan gejala-gejala seperti bersin, hidung dan mata berair yang biasa dikaitkan dengan demam selsema.
• Ia dapat mengurangkan perembesan lendir dan membantu penghidap demam selsema berehat.

Analgesik/antipiretik
• Sakit otot, sakit kepala dan demam yang kadangkala terjadi semasa demam selsema boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat-ubatan yang dibeli di farmasi.
• Parasetamol ialah agen antipiretik yang berkesan dan digunakan dengan meluas.
• Aspirin sepatutnya tidak digunakan untuk merawat penyakit demam di kalangan kanak-kanak atau remaja. Ini kerana aspirin dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit Sindrom Reye.
• Sindrom Reye ialah penyakit yang serius, tetapi sangat jarang berlaku. Ia lazimnya terjadi di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 3-12 tahun. Ia boleh menjejaskan semua organ badan, tetapi selalunya mencederakan otak dan hati.

Vitamin C
Vitamin C mungkin dapat mengurangkan jangka masa atau keterukan gejala-gejala yang berlaku, tetapi tiada bukti yang jelas mengenainya.
Berjumpalah doktor sekiranya....
Demam selsema biasa yang anda hidapi tidak berkurangan selepas seminggu atau anda mempunyai gejala-gejala berikut:
• Selsema dengan demam 380 0C atau lebih tinggi yang berpanjangan lebih dari 2-3 hari.
• Sakit kepala yang teruk atau sakit di bahagian muka.
• Penyumbatan hidung yang mengakibatkan sukar bernafas.
• Berbunyi ronkus ketika bernafas (nafas bunyi berdesit).
• Batuk yang teruk.
• Sakit telinga.
• Kahak berwarna kekuningan, kehijauan atau merah karat.


adapted from jbtn kesihatan melaka...

Wednesday, May 19, 2010

may 2010...

5bln sudah aku bkerja di pahang...2bln sudah aku menyendiri di rumah...kadang2 ase takut mnguasai diri bila terkjut awal2 pagi..waktunya dalam jam 2 hingga 3 pagi...sunyinye hanya Tuhan saja tau...dengan keje kat skolah yang bertimbun-timbun....sktnyer ase kepala ku ini nak menanggungnya...Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam perjuangan ini...

Saturday, April 10, 2010

my new 'boyfriend'...

hehe...akhirnya setelah hampir 2 bulan menunggu aku dapat 'pakwe' baru...my new myvi TAY1S pada 31 march 2010 lps aku konvo...tapi sebelum jatuh ke tangan ku...abah telah rasmi dulu...diikuti udin, biela dan umi......
tempat keje aku lak jauh dari umah, nak pergi kena lalu bom2 atom tengah jalan...kesian pakwe aku ni....aku pun turut sedh....3 thn kena lalui..ni baru 1 minggu...

Saturday, April 3, 2010

April 2010





alhamdulillah...slmt jgak akhirnya aku terima ijazah d nikko...tp x seperti yang dijangka..sgt menyedihkan.....1st class honour x diberi peluang utk meraikan...dsusun di tmpt paling last...dipanggil nek pentas pun dkt last..byar bukan men mahal lagi..seddihh2...yg pergi konvo aku aritu umi, abah, sopi, zul dan rakannya...

aku jugak berpindah ke rumah baru seorg diri...well...tipu la aku ckp xtakut sebab tmpat tu familiar dengan kekerasan makhluk Tuhan yang lain.....2 3 ari jugak aku kena usik....harap2 lepas ni takde la...penat dah nak pindah2 ni...
harap2 hari2 yang mendatang akan berakhir dengan kemanisan..
.

Saturday, March 20, 2010

mac 2010

sedih lagik...x abis2 dugaan melanda......
nk cite kt sini pun ase sedih....sedih yang amat..hampir gila sekejap.....
seorng kakak yang aku anggap kakak dan kawan tiba2 berubah sikap...hipokrit dan sombong sebab ada suami di sisi....aku tekad nk pindah umah lagi....aku cari umah baru bersama seorg kwan di sekolah...ulang-alik dalam seminggu tu...sekarang tak settle lagi sebab surat msuk rumah tak dapat lagi...ase takut nk tinggal sorang2 kat umah...tapi aku terpaksa...sedihla cmni...wang gaji pun tak banyak tiap bulan nanti...hurm....dugaan2...semakin lame aku ase smakin lemah nak hadap semua ni seorng diri...aku risau aku tak dapat tima semua ni scra rasional....rasa nak je cepat mati...tak sanggup nak tempuhi dugaan ni....nak kawen pun susah......beeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnnnccccccccccccccciiiiiiiiiiiiiiiiii hiiiiduppppppppppppppppkuuuuuuuuuuu.....beeeeeeeeeeennnnnnnnnnciiiiiiiiii diiiiiiiiiirrrrrrrrrrrrrrriiiiiiiiikkkkkkkkkkkkuuu...

Monday, February 15, 2010

Februari 2010...hidupku kini...

akhir januari lepas..aku berpindah ke rumah sewa...rumah yg sblm ini aku harungi dengan ranjau...tubuhku dilanyak oleh 'somethin' yg tak boleh diterima akal...alhamdulillah...setelah ke rumah baru...tiada lagi sakit seperti sebelumnya...

skrang aku masih pening untuk mengawal kelas dan mengejar silibus untuk tahun 6..macam2 hal la aku alami...ya allah..tabahkanlah hatiku...permudahkanlah urusanku.....itu saja yang kumampu untuk menempuh permulaan hidupku ini....

aku juga rasa keseorangan di sini..
housemate dah kawen...always cerita saat2 manis dorang bersama...kadang2 jeles la jugak.....jeles sbb aku bkn mudah sepertinya....
aku bila la lagi...ada yang berkenan, sama2 suka tapi famili tak nak......lelaki skrng dahla sangat2 memilih GILA...nak yang cantik2 saja. kulit putih mulus..hati tak kisah baik ke buruk asal cantik dah cukup....perangai bleh bentuk..betul tak????
aku???hmm.....ntahla..tapi aku bukan golongan tu...rupa pun tak ada.....jumpa ramai lelaki cam impian famili pun,smua yang perangai ntah apa2...berlagak..benci la.....sedihnya hidup begini...aku tak nak membujang sebab ramai cikgu2 perempuan bujang perangai lagi pelik...mintak jauh2 sangat2...tapi kalau dah tersurat hidupku macam tu.........................ya allah...xnak....

Saturday, January 9, 2010

everyday life....jan 2010...

2 jan - dengar taklimat di BTPP di beserah dan dapat surat posting.....first, tau dpat daerah Kuantan...tepat jam 1240 dapat tau aku dipostingkan di SK Cherok P....aku kira macam hujung daerah la kot...second...sentiase rasa nak menangis sebab tiada tempat tinggal..terpaksa menumpang di rumah orang....

4jan - mendaftar di sek....tiba2 disuruh jadi guru kelas dan penyelaras tahun 6.......tensyen lagi......banyak mende tak jadi ngan buat salah....adoiiilaa....dapat timetable...ajar sains y1 to y6...sivik y6...pj y6....n diberi jawatan lain...ketua panitia sains..ajk kecemerlangan upsr, ajk kantin..guru puteri islam...guru kelab sains...dan banyak lagi...mula2 memang shock sangat sebb aku satu2nya cikgu sains di situ....so many things i should do alone....hari pertama pun dah mula start mengajar....arini mengajar darjah 6 dan 5...

7jan -dlm kul3 ptg..harungi air kt depan umah makcik tu....ari yang sama..pindah keluar dari rumah tu...g pulak menumpang kat umah makcik lain yang dekat rumah sewa..tapi sangat jauh dr sek...barang2 terpaksa dipindahkan d 3 tempat berlainan...umah makcik 1, makcik 2 dan akak KPLI...

8jan - slps waktu sek, tumpang sorg cikgu ngn keluarga sampai Durian Mas, Dungun...kemudian naik bas dr sana untuk blk marang..sapa k.trg dlm jam 7mlm dr jam 530ptg di dungun....sapa umah dlm 8-9 mlm...

About Me

My photo
im a future teacher...23rd years old and searching something i lost...

wow