GOOD DAY

Wednesday, March 4, 2009

Kajian PPSMI dibentang ke Kabinet

Kajian PPSMI dibentang ke Kabinet

KUALA LUMPUR 3 Mac - Kementerian Pelajaran sudah menyiapkan kertas berhubung cadangan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, analisis dan pandangan semua pihak yang berkepentingan dalam hal berkenaan sudah diambil kira dalam penyediaan kertas tersebut.

''Kita berharap pandangan semua pihak melalui memorandum dan perjumpaan dapat dirumuskan dan dipertimbangkan sedalam-dalamnya oleh Jemaah Menteri kelak.

''Sebahagian syor Kementerian Pelajaran ialah menambah baik dan menyesuaikan dasar ini khususnya di sekolah rendah dengan mengambil kira kedudukan PPSMI kepada sekolah-sekolah di luar bandar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, penambahbaikan yang dilakukan itu tidak akan menjejaskan guru-guru dan murid-murid sekolah yang ada sekarang.

''Apa juga penyesuaian dan penambahbaikan yang bakal kita putuskan hanya akan melibatkan kohort baru tahun satu.

''Jadi anak-anak murid kita yang sudah melalui enam tahun sistem dan dasar ini tidak akan terjejas," katanya.

Mengenai perhimpunan menolak PPSMI pada Sabtu ini, beliau menjelaskan, ia merupakan perkara biasa dan kerajaan tidak boleh menghalangnya.

''Saya tidak boleh sekat tetapi dengan kenyataan saya hari ini bahawa Kementerian Pelajaran memang akan buat penambahbaikan dan penyesuaian, saya tidak tahu kenapa ada gerakan seperti ini," kata Hishammuddin.

*adapted from utusan msia

No comments:

About Me

My photo
im a future teacher...23rd years old and searching something i lost...

wow