Monday, August 3, 2009
Weekend sblm internship
pastu g crik tmpat mkn kt ampang plak...d 'banana cafe'..mkn bubur nsi+syur cendwan+jus oren=1.50+1.80=rm3.30...ha?terkedu aku..igt dlm 5 igt 6 igt ke..murah la plak...hehe...kalo tau mkn byk2..xpun tapau jusnye ke...puas ati la mkn kt c2...next time, kalo berpluang lagik, g mkn kt c2 lagik la, tp ntah bile la kn??hmm....
Monday, July 27, 2009
H1N1..apakah kesudahannya??
1) Pertamanya dengan pandangan mata. Melihat dengan pandangan mata, seseorang itu hanya mampu melihat peristiwa selsema babi ini secara fizikalnya sahaja. Cuba kita renungkan, apakah yang hanya boleh dilihat dengan mata di dalam kejadian selesema babi ini. Maka tidak lain dan tidak bukan kita hanya akan mampu melihat fakta statistik peningkatan wabak. Mungkin juga kita dapat melihat tanda-tanda symptom wabak ini pada tubuh pesakit, tetapi semuanya adalah berkisar berkenaan fizikal tubuh badan pesakit itu sahaja.
2) melihat selsema babi ini dengan pandangan akal. Kebiasaannya melihat dengan pandangan akal ini adalah kebiasaan pandangan para-para cerdik pandai atau pun saintis di dalam bidang ini. Mereka melihat dengan ilmu yang mereka ada untuk mencari punca-punca merebaknya wabak selsema babi ini. Melalui penelitian dan pengkajian ini, mereka akan cuba mencari jalan penyelesaian kepada penyakit yang belum ada jalan penyelesaian ini.
3) melihat dengan pandangan nafsu. Apabila fenomena selsema babi ini dilihat dengan pandangan nafsu, maka akan adalah golongan-golongan yang bergelak ketawa sambil bertepuk tangan melihat negara-negara yang diserang dengan wabak ini. Ianya akan menjadi suatu keuntungan sekiranya ubat yang ditemui boleh dipasarkan dengan harga yang mahal. Seperti kata sahabat saya Fahyshal di dalam ruangan komen Facebook saya iaitu, selsema babi ini juga mainan kapitalis farmaseutikal yang menggunakan bioteknologi untuk menghasilkan virus demi kelangsungan jualan ubat.
4) melihat dengan pandangan mata hati. Inilah pandangan orang yang tinggi keimanannya kepada Allah S.W.T. Mengapakah berlakunya fenomena sebesar ini? Adakah tiada jalan penyelesaian kepada permasalahan ini? Sekiranya seseorang itu melihat fenomena ini dengan pandangan mata hati, sudah tentu ianya adalah merupakan suatu bala yang ditimpakan oleh Allah S.W.T terhadap penduduk di atas muka bumi ini.
Punca kepada berlakunya wabak ini adalah kerana kederhakaan manusia kepada Allah S.W.T. Maka tiada cara lain untuk menghadapi perkara ini melainkan kita kembali mentaati ajaran Islam dan mengamalkannya. Bersamalah kita meningkatkan amalan kita dan meletakkan ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah S.W.T.
Pesanan Tuan Guru Ust Haron Din: MARILAH kita amalkan Qunut Nazilah dan beberapa bacaan doa penolak bala. Mudah-mudahan dengan amalan tersebut kita semua akan dilindungi oleh Allah S.W.T.
adapted: kosmo, faisalmustaffa
Sunday, July 26, 2009
Kesian aku
sunyinye....tp nk wt cmne, dh nasib aku cmni, dri kecik sapa ke besar...:(
Thursday, July 23, 2009
Why eclipse is happened?
A solar eclipse occurs when the moon passes between the Sun and the Earth so that the Sun is fully or partially covered. This can only happen during a new moon, when the Sun and Moon are in conjunction as seen from the Earth.
excited with solar eclipse
KEADAAN di Shanghai sebelum (atas) dan selepas gerhana penuh. |
Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132.
adapted:berita harian
Gerhana lagik...

Gerhana matahari separa dirakamkan berhampiran pejabat Pertubuhan Berita Nasional di Alor Setar, semalam. - BERNAMA Gerhana matahari separa, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, boleh dilihat antara 9.20 pagi hingga 9.30 pagi tadi di kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang abad ini. |
Penduduk Malaysia dijangkakan dapat menyaksikan gerhana matahari separa sekali lagi pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.
"Pada tahun 2032, gerhana matahari separa dijangka berlaku untuk tempoh yang lebih panjang berbanding hari ini sementara gerhana matahari penuh dapat disaksikan pada tahun 2042," katanya.
Di Malaysia, gerhana matahari penuh pernah disaksikan di Kudat, Sabah pada tahun 1995 disusuli gerhana matahari cincin di Mersing, Johor pada tahun 1998.
*1995- 1st time aku tau psl gerhana matahari...tgk di SK Gong Kapas
adapted: utusan
Gerhana matahari, 22july 09
***** Ala, smlm nk tgk, tp xnampak plak dri blok aku ni, sedih2...
Gerhana pukau penduduk Asia
VARANASI, India - Gerhana matahari paling panjang dalam abad ke-21 menyebabkan puluhan juta penduduk benua Asia terpaksa bergelap seketika semalam.
Gerhana matahari penuh lazimnya berlaku seketika setiap kitaran 18 bulan tetapi fenomena kelmarin disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama enam minit 39 saat matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.
Lebih istimewa, gerhana semalam dipercayai mencatat paling ramai penonton berikutan laluannya di benua Asia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.
Gerhana matahari penuh semalam dapat disaksikan dengan jelas di beberapa buah negara iaitu India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.
Kali kedua gerhana matahari seperti itu diramal berlaku ialah pada tahun 2132.
Adapted: Kosmo..
About Me

- miss_nediyah
- im a future teacher...23rd years old and searching something i lost...