GOOD DAY

Sunday, February 15, 2009

BoyCott IsraEL and CommuNity


Untuk mengatasi masalah ini, mari kita semua MEMBOIKOT SATU PRODUK dahulu iaitu McDonald. Kita semua maklum bahawa McDonald ialah syarikat Amerika yang dimiliki oleh tokoh-tokoh Yahudi.

Kesan dari tindakan ini ada 5:

1. McDonald akan mengalami kerugian besar kerana pelanggan - pelanggan Islam akan lari. Kekuatan dan kuasa pelanggan Islam akan terserlah apabila Mc Donald mencatatkan kerugian besar dari tindakan boikot yang dibuat oleh umat Islam.

2. Umat Islam tidak akan begitu tertekan kerana masih ada banyak pilihan lain . Justeru, formula ini tidak begitu membebankan..

3. Sampai ke satu tahap, McDonald terpaksa gulung tikar atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan untuk memulihkan imej. Mungkin McDonald terpaksa membuat sumbangan wang besar-besaran kepada keluarga mangsa-mangsa di Palestin.

4. Kesempatan ini boleh kita gunakan untuk diet. Makanan segera seperti di McDonald memang tak baik untuk kesihatan dan tidak seimbang..

5. Sekiranya dibuat secara terancang, satu demi satu syarikat Amerika dan Yahudi akan dikerjakan oleh umat Islam.

Justeru, saya lancarkan tahun 2009 sebagai tahun memboikot McDonald dan Yahudi...
Jangan di putuskan artikel/e-mail ini. War warkan kepada semua orang walau dengan apa cara sekalipun samada melalui email,blog,forum dan dari mulut ke mulut.

dimulakan oleh
NUR SAKINAH HASSAN (USM)

***Dulu aku suka sgt mknn McD...pas aku tengok 1 gambar kt internet baru2 ni terus aku xde slera nk mkn...rupenye slama ni aku tlh mkn 'daging' rakyat2 palestin..Ya Allah,ampunila hambaMu ini...

1 comment:

Anonymous said...

Sekadar ingat mengingatkan. Sambil berblog, jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong™

About Me

My photo
im a future teacher...23rd years old and searching something i lost...

wow